Dec 3, 2016

Konvokesyen anak dara 2016

November 2016
dah tamat dah dunia tadika Nur Qaleesya Humayra.
2017 dah masuk darjah satu. Masuk ke alam persekolahan baru, lebih mencabar lagi duhai anok.
bertabahlah buat ibu, kena kentalkan semangat mendidik kamu dengan lebih strong lagi dari rumah..huhuuu.

Walaupun esok lusa baru genap umur kamu enam tahun, redha sajelah melalui alam darjah satu di usia enam tahun...nasib lah anak hujung tahun kan...semoga anak ibu cepat sesuaikan diri di sekolah baru nanti.

Redha jugak lah nanti untuk lalui sesi persekolahan di sekolah baru nanti cuma untuk dua minggu sahaja...lepas tu nak kene hadap pulak sekolah baru lagi after 2weeks di kampung..sebab ibu balik kampung bercuti panjang...huhuuu


jubah konvo biru ni, terimbau pulak zaman ibu konvo di uni dulu.
#uumdihatiku



kenangan dengan teacher Qistina dan cikgu Bibi tabika perpaduan taman pauh jaya 2016.


Last day pakai uniform biru kuning ni...lepas ni tukar kaler dah biru putih..hehehe


Dengan bff, teman merajuk dan bersembang dalam kelas...hari2 balik school ibu la tukang dengar cerita dia pasal bff dia yg suka merajuk ni...nasib la Qeesya suka memujuk...ahakss!!


Bergambar sebelom ke majlis konvokesyen anak bonda...ilebiuu sayang :*
#mukaibusebelahsajapondahnampakkembang..huhuuuu


Yeayyy!!!
dah konvo, dah bleh create resume and mohon kerja lepas ni...hehehe.

Tamat sudah dunia tadika anak ibu...semoga hari2 mendatang membuatkan kamu lebih kuat dan matang sayang. Doa ibu papa sentiasa mengiringimu.

GOOD LUCK for 2017 !!!

No comments: