Nov 27, 2012

Ya ALLAH aku rindu :-(

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/575137_2007886134534_1879535860_n.jpg

Bangun subuh pagi ni dengan penuh rasa kesayuan,menitik air mata bila teringatkan dia yg telah pergi.miss him so much...Al~Fatihah..semoga roh nya tenang di alam sana,amin...inshaAllah.

Semalam buat pertama kalinya arwah muncul dalam mimpi ai,nampak dia senyum wajah tenang sangat sama mcm ai tgok wajah dia buat kali terakhir hampir dua tahun lepas :-( #nanges..
semalam ai mimpi semua adik beradik berkumpul di rumah mak abah,seolah2 ada majlis keramaian...ai nampak dia dekat tangga,pakai baju kerja dia...kekononye mcm dia nk pegi keje,tapi dia mcm jauh sgt dari kami...tak bercakap sepatah pun,hanya memandang kami dengan wajah yg sgt tenang...ya Allah,aku rindu pada arwah sgt2. setelah hampir dua tahun pemergian arwah,ai mmg teringin sgt arwah datang dalam mimpi ai,sekejap pun jadi lah..dan malam td,Allah dah penuhi impian ai..syukur sgt,dapat juga tgok arwah walaupun seketika :-(
aku rindu dekat kau abang die,aku menyesal sb dulu tak pernah pun aku cuba untuk jd adik yg baik untuk abang...dulu aku benci kau sb kau selalu cr masalah dgn aku...kau suka marah2 dkat aku ngan adik2...tapi aku tahu hati kau baik,tiap kali kita bergaduh kau yg akan menitiskan air mata dulu biarpun kau kelihatan sgt garang,nampak sgt jiwa kau lembut duhai abang...kini semuanya tinggal kenangan...biarpun kau telah kembali kpdNya,kau sentiasa dalam ingatanku,sentiasa ada dalam hati kami semua...doa untukmu tak pernah kami lupa..moga abang tenang di sana..


kata org,jika mereka yg telah pergi/meninggal dunia datang dalam mimpi kita tanpa berkata sepatah pun,itu mmg roh dia yg benar2 datang menjenguk kita...aku harap arwah muncul lg dalam mimpi aku nanti..aku nk peluk kau abang,sebab dulu sepanjang hidup kau aku xpernah pun peluk kau erat2 sehinggalah saat2 terakhir pemergianmu...buat pertama kalinya aku dapat peluk tubuh abang yg sudah sejuk,kaku dan tidak bernyawa lg...Al~Fatihah.

posted from Bloggeroid

No comments: