Mar 9, 2012

Tinggal ibu lumpuh di hotel bajet





KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.
Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.
Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.
sumber: Harian Metro


Ya Allah Ya Tuhan ku........kau berilah hidayah dan petunjuk kepada manusia yg tergamak membuang ibu tua yg malang ini....sedih bila renung muka ibu tua ni, apa lagi bila mendengar tangisan seorang ibu dek kerana kecewa dengan sikap anak kandung yg tergamak membuang diri yg kian dimamah usia....tergamak sungguh kau wahai anak....lupakah kamu jasa ibu melahirkan kamu, membesarkan kamu...mengasihi serta menjaga kamu sehingga mampu bernafas sehingga ke saat ni....nauzubillah..mintak dijauhkan perkara sebegini dalam kehidupan kita semua...
mulia sungguh hati wanita cina dan pengurus hotel tuh yg sanggup jaga ibu malang ni...semoga Allah memberikan kesejahteraan untuk mereka dan memberikan sinar kehidupan baru buat ibu tua yg terbuang ni...aminn


2 comments:

mrs.spicy said...

jahak ngakkk ore loni..hish hish

myle@my said...

anak derhaka ;(