Mar 8, 2012

Hari wanita




20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!!!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut 
    yang boyot!!

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian 
    kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang  
    sakit..

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal 
    berkaitan dengan anak.

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita 
    sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-
    poo!

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu 
     kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak 
     kita yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah 
     kita amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang 
     sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi 
     selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya 
     kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

psssttt!!!
yg paling berubah hatta lebih jelas adelah mentukmadan....mhamhamhaaa ;P

kopipes dari sini

#mood:sharing is caring  ;) 
SELAMAT HARI WANITA!!!

·          

2 comments:

purple_lav said...

mentukmadan berubah hmpir 95%.....ada berubah kepada yg lebih baik, ada yg berubah kepada yg lebih buruk hahahahah scary.

eh dh test plak ko?adakah anda sedang mengalami kelewatan period skrg?hahahah

myle@my said...

kadang2 hampir 100% ;P
hahaha

xtest lagi...terase nk test smula bile bace pasal upt tuh....sb aritu bile chek kua satu line xtggu pon, terus campak lam tong sampah tanda kecewa...hahhaa ;)