Oct 22, 2011

update:kanak kanak di langgar di china

Setiap kali mata dok ulang tayang tengok video pasal kanak2 yg kene langgar di china tempoh hari betul2 buat naluri keibuan aku trsentuh....setiap kali lihat video kanak2 yg namanya dikenali sebagai yue yue terbaring tanpa diendahkan oleh 18orang yg lalu lalang dekat tempat beliau dilanggar tu ia buat aku rasa nk bunuh jek mereka semua...kejam sungguh....dimana perikemanusiaan ... dimana belas ehsan mereka sehingga tergamak hanya melihat adik yue yue terbiar menanggung kesakitan....kesian...kesian...teramat kasihan....sedih rasanya ;(

 


sumber terkini melaporkan, adik yue yue masih dalam keadaan koma dan mengalami "brain dead" dimana beiau telah mengalami kerosakan pada otak akibat insiden langgar lari tersebut....walaubagaimanapun, peluang untuk adik yue yue sembuh masih ada...meskipun hela nafas beliau agak lemah melalui alat pernafasan yg digunakan bagi membantu adik yue yue..namun begitu tekanan darah serta jantungnya menunjukkan tanda2 beliau semakin stabil kini....terkejut juga bila ada info2 terkini mengatakan adik yue yue dah meninggal dunia....apa2 pun sama2 lah kita doakan yg terbaik untuk anak sekecil yue yue....semoga masih ada sinar buat yue yue.


Ada juga terbaca tentang undang2 dekat China yg mengatakan mereka memang tidak akan membantu mangsa2 kemalangan seperti kes adik yue yue ni...kerana difahamkan sekiranya mereka membantu mangsa, mereka akan dipersalahkan dan terpaksa menanggung mangsa sehingga keakhir hayat....alahai, ada juga undang2 b0&*h macamni kan...tapi tak tahu lah betul atau tidak kesahihan sumber ni....katanya dinegara mereka lebih mengutamakan undang2 daripada perikemanusiaan...hurmmmm.....nasib baik kita dekat Malaysia ni masih utuh dengan sikap2 murni tolong menolong saling bantu membantu....walaupon ada jugak yg masih berhati kering sehingga sanggup mengelar dan membunuh serta membuang darah daging sendiri....nauzubillah....mintak dijauhkan dari semua kekejian ini....moga ianya dijadikan pengajaran buat kita semua....jangan sesekali abaikan anak2 kecil berkeliaran tanpa pengawsan orang dewasa...sebagai langkah mencegah, memang wajar kannn....sudah menjadi tanggungjawab kita semua...menjaga kanak2 seperti mereka.

sayu hati bila nk upload gambar ni lgi....kelihatan adik yue yue masih sempurna berjalan..masih berkaki dan mampu berkata2....macamnalah fizikal yue yue andai beliau ditakdirkan sembuh nanti....ketika dilanggar, video tu menunjukkan kedua2 kaki adik yue yue hancur digilis dua lori...kesian sangat....apalah dosa kanak2 sekecil dia yg terpaksa menanggung kesakitan tak terperi....memang tak dapat nk digambarkan kesakitan yg dialami yue yue saat dia dilanggar....1st time tgok video ni memang aku sebak sgt sampai tak tahu nk ckp apa dah...air mata terus laju keluar tanpa dipaksa2...terus lari pergi peluk anak sendiri...tak sanggup nk membayangkan seandainya budak tu adalah darah daging aku.....nauzubillah...

No comments: