Oct 24, 2011

lambaian terakhir Simoncelli

Lambaian terakhir Marco simoncelli di Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 di litar Sepang semalam.....beliau merupakan pelumba Italy yg mewakili pasukan San Carlo Honda Gresini berusia 24tahun...Perlumbaan dibatalkan oleh penganjur , Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sport selaku pemegang hak perlumbaan MotoGP, berikutan insiden tersebut...


Lambaian terakhir Simoncelli sebelum perlumbaan....
Simoncelli dikatakan terjatuh pada lap kedua ketika perlumbaan dan mengalami kecederaan dibahagian toraks dan perut sehingga menyebakan kematian.


Detik kemalangan menceritakan Simoncelli tergelincir dengan motosikal yang dipandunya,
 lalu terjatuh ke litar yg ketika itu menjadi laluan Edwards dan Valentino Rossi.


Topi keledar yang dipakai Simoncelli tercabut ketika insiden tersebut.


A great rider in memories....Marco Simoncelli

Semalam mase pengumuman dekat news aku tak terkejut pon pasal ni....tapi inchik hasbie yg dok dalam bilik air laju2 keluar nengok news....sebab nk pastikan betul ke tidak apa yg dia dengar masa dia dekat dalam bilik air tadi...yg aku plak tekulat2 dok menempel sambil dok potpet2 betanye sape yg mati tu....yg kepala otak aku sempat tangkap nye cume name Valentino Rossi jek....itu sorang jek pong rider yg aku kenal...huhhh...nasib baik Rossi tak cedera...tapi simpati atas apa yg berlaku dekat simoncelli....walaupon dia rider dr luar, tp disebabkan insiden tu berlaku dekat negara kita, agak terasa juga laaa sedihnyaaa... ;(

No comments: